6 Amalan Cergaskan Otak

bazliaamoza.com Shaklee shah alam
Picture credit to mtkeducation.blogspot.com
Otak adalah merupakan organ paling penting kepada sistem tubuh manusia kerana di sinilah semua aktiviti badan kita di kawal. Kita macam centre lah..Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan yang lain.
Namun tanpa di sedari terdapat antara amalan2 yang boleh menyebabkan otak kita tidak dapat berfungsi dengan sempurna seperti amalan pemakanan yang tidak seimbang, kecergasan badan yang tidak sihat, cara kehidupan harian yang tidak seimbang, ini semua boleh menyebabkan tubuh kita lemah lalu otak puntidak dapat berfungsi dengan baik.
Antara amalan dan gaya hidup dan pemakanan yang sihat yang boleh membantu otak berfungsi dengan baik adalah seperti:
SARAPAN PAGI
Sarapan pagi adalah sangat penting untuk tubuh yang sihat. Individu yang tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan. Kandungan gula dalam darah sangat penting bagi membekalkan nutrien ke otak. 
TIDUR YANG MENCUKUPI
Rehat serta tidur yang cukup akan membuatkan otak sihat dan cergas. Berlebihan tidur pula boleh menyebabkan badan lemah dan tidak aktif. Seorang dewasa di galakkan tidur di antara 6-8 jam sehari.
TIDAK MEROKOK
Asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis racun jika di hidu boleh mengakibatkan sel-sel otak rosak. Asap ini boleh melemahkan pengaliran darah ke otak yg mana turut boleh menjadi punca kanser.
VITAMIN E & B12
Amalan pengambilan makanan yang di perkaya dengan vitamin E & B12 seperti buah badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi adalah sangat di galakkan. Ini kerana sumber nutrien tersebut bagus untuk pertumbuhan sel-sel otak dan menguatkan daya ingatan. 

BANYAKKAN MEMBACA
Mereka yang suka membaca terbukti berjaya meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran berfikir. Ini kerana apabila banyak membaca otak kita akan lebih banyak berfikir, berimaginasi serta mampu menyerap lebih banyak info. 
UDARA BERSIH DAN SEGAR
Oksigen adalah merupakan sumber penting bagi memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara yang segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK OTAK & MINDA SIHAT

bazliaamoza.com shaklee shah alam

bazliaamoza.com shaklee shah alam


.
.
.
.
.
.
Bazlia Amoza | Shaklee Distributor di Shah Alam & Kota Kemuning | Contact me 019-2003947 emel : ailzab@yahoo.com

Advertisements