Pengedar Shaklee Shah Alam, Selangor, Malaysia

bazliaamoza.com Shaklee Shah Alam Selangor

Jika anda tinggal ataupun bekerja di Shah Alam anda boleh dapatkan produk2 Shaklee dari saya. Saya merupakan Shaklee Independent Distributor anda bagi kawasan penghantaran ke seluruh Shah Alam serta kawasan2 sekitarnya.
Hubungi saya 019-2003947 jika ingin membuat pesanan dan konsultasi yang berterusan.
Advertisements

Kenapa Saya Menulis Blog ~ Part 1

Assalamualaikum semua…

#throwback 2011 – balik kerja on time semata2 nak spend masa dgn anak2 kat playground
Salam perkenalan bagi yang pertama kali singgah ke blog saya yang masih kerdil di dunia bloggers ini tapi at least saya dah ada blog dgn hasil sendiri lagi..bagaimana pula dengan anda? 4 tahun yang lalu saya tak pernah terfikir pun siapa saya di masa sekarang..berblog??? hurmhhh langsung tak penah terdetik minat...pada masa tu saya hanya seorang pekerja yang sentiasa ingin mencari peluang kerja baru yang boleh bagi gaji setimpal dengan kelulusan degree saya. Sebab tu lah saya lompat kerja dari satu company ke satu company sebab konon nak raise salary lagi banyak..(hahaha tamak kan)…tapi ternyata memang dengan cara itu anda mampu dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan & pengalaman anda..psstt: tapi kalau kerja tak tip top tak usah lah buat mcm ni tau nanti orang yang nak hire uols mesti pelik kenapa selalu sangat tukar tempat kerja…mcm saya sendiri saya takdelah selang sebulan atau 3 bulan dah tukar, paling tidak selepas gain pengalaman dalam 2-3 tahun baru saya apply kerja baru yang lagi best, post lagi tinggi dan gaji semestinya lagi up lah kan…
Saya lah ni suatu ketika dulu…Pic credit to www.route66idiomas.com
Dah..dah..jom lupakan kisah pekerjaan itu…di saat saya menulis entri ini kini saya adalah suri rumah sepenuh masa hampir setahun sambil membesarkan 2 orang tuan puteri yang berusia 4 tahun dan 3 tahun sambil serta sedabg sarat mengandung baby no-3 dan dalam pada masa saya saya adalah Pengedar Shaklee bagi Kawasan penghantaran sekitar Shah Alam, Padang Jawa, Suria Avenue, Seksyen 7, Kota Kemuning, UiTM Shah Alam. Tugas saya di rumah selain bertanggungjawab sebagai seorang isteri saya juga adalah ibu, teacher, akak ( sebab diorang terpengaruh dengan watak Kak Ros Upin Ipin…haisyy lah anak2..) kepada famili saya. But i really love my job now…Semoga ia berkekalan sehingga anak2 saya membesar..Aamiin.. ( korang pun doa kan saya tau..tau )
Terciptanya Blog saya kerana…

Inilah rupa blog saya sebelum ini.. http://ailzab.blogspot.com
Blog saya ni pun hidup pada July 2012. Pada masa tu saya masih merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat makanan Multinasional Company. Kerja takde lah susah pun best sangat siap dapat makan “coklat” free lagi tapi tu lah naluri seorang perempuan yang dah ada anak ni lain macam sikit…orang lain tak sure lah saya tapi saya memang dari sejak berkahwin dan dah ada anak saya memang teringin sangat nak besarkan anak2 depan mata sendiri atau dalam erti kata lain nak bawa balik kerja bos bagi buat kat rumah je tak payah pegi ofis..sampai saya pernah ckp kat kawan2 ofis saya nak request satu bilik khas letak anak2 staff kat ofis… ( hahahah…ko pk ko siapa??!! )

Alhamdulillah awal 2013 impian saya tercapai setelah saya nekad resign dari kerja hakiki makan gaji saya..selepas itu saya pulun fokus buat bisnes Shaklee besungguh2 ( sebab syarat husband bagi kat saya if resign kena buat Shaklee betul2 at least still ada income 4 angka…hurmhh kacang b…kikiki...) sehingga saya berjaya naik rank satu takuk lagi pada bulan May 2013 dan bermulalah episod saya sebagai WAHM ( working at home mom ) yg menjana berpendapatan 4 angka dengan bisnes online Shaklee…syukur sangat2..semua atas berkat keizinan suami saya & doa ibubapa..thanks bee, mama & ayah 

Diari Blog saya..tengoklah peningkatan meroket dari tahun 2012-2013 tu..haa fokus kan..kerlass ko..

Sejak resign lah saya mula fokus kepada bisnes Shaklee saya..sebelum ni fokus jugak tapi tang blog tu failed lah sikit sebab saya weekdays bekerja 8-6pm lepas tu on weekend sibuk pula dengan class part time pagi petang so memang masa agak terhad nak fokus pada blog…( alasan je tu…orang lain boleh je…arghhhhh menyesalllll… )

Blog saya asalnya adalah sebagai salah satu medium untuk saya kongsikan tentang kebaikan vitamin Shaklee kepada anda di luar sana..tapi lama kelamaan bila minat menulis tu datang secara semulajadi menjadikan blog adalah tempat saya membebel selain di rumah..hahahah…kira macam diari lah konon tapi tak personal sangat….

Kenapa saya buat blog??
Masa saya memula ber blog dulu memang aim saya nak jana pendapatan sahaja..maklumlah ilmu masih cetek sesangat…fokus nak duit je..( dasar mata duitan tak...) tapi bila niat tak betul maka ia takkan menjadi… so saya betulkan semula niat saya yang mana di blog adalah tempat saya bercerita & berkongsi…nak cerita apa? nak kongsi apa? apa2 lah yang saya suka…kadang2 pasal Shaklee, kadang2 pasal saya & famili, kadang2 pasal artikel yang saya baca, kadang2 dari masalah customer saya…pendek kata ROJAK… jadi bila rojak takdelah jadi “kering idea” nak menulis apa…sebab saya lihat ramai yang buat blog tapi semuanya half way..nyampah tau…buat semak data google je…(oppsss bajet bagus je ko ni Lia)…serius…kalau tak percaya cuba korang google lepas tu tgk blog diorang…setahun ada 12 bulan tapi entri hanya 1 je…apa cer tu?? mungkin assignment kot 😉

FOKUS? Iye fokus blog saya adalah mengenai kesihatan & kecantikkan…sebab saya pengguna Shaklee maka saya banyak share kan bersama-sama anda tentang kebaikan produk Shaklee yang mana saya sendiri sudah menggunakannya hampir 3 tahun dan saya dapat rasakan kelainan bila badan sihat dari dalaman. Ada juga yang menentang pengambilan suplemen dalam kehidupan seharian kononnya suplemen hanya akan membebankan buah pinggang. Anda harus ingat apa pun yang anda makan atau minum jika di ambil secara berlebihan tetap akan memudaratkan..so sebelum decide nak ambil apa2 jenis dan jenama suplemen fahami dulu kehendak tubuh anda.

Ada juga yang prefer makanan sunnah, vitamin jenama lain itu semua terpulang kepada anda..saya pun amalkan makanan sunnah di rumah seperti madu, minyak zaitun dsb tapi bab suplemen saya memilih jenama Shaklee kerana ia telah lebih 50 tahun stabil di pasaran di samping setiap produknya mempunyai kajian klinikal yang kukuh..setiap vitamin Shaklee akan sentiasa menjalani ujian kualiti dari semasa ke semasa demi memastikan kualitinya terjamin. Vitamin Shaklee juga telah terbukti berkesan mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu jika di ambil secara konsisten & dengan panduan cara pemakanan yang tepat.

Owh dah terlalu panjang nampaknya entri ini…dah mcm karang surat cinta pulak…tu lah ni semua hasil #shakleeEffect lah ni..kalau tak kerana terjebak dengan Shaklee mungkin saya bukan seorang blogger pada hari ini…apapun saya bersyukur kerana di berikan kesempatan….thanks kepada yang sudi follow blog ini…see you in Part 2 ( jika rajin….. )

Hubungi saya 019-2003947 | Wakil Pengedar Shaklee Area Shah Alam bagi kawasan penghantaran Cash On Delivery (COD) sekitar Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9, SUK Selangor, Seksyen 15, Seksyen 16, Seksyen18, Seksyen 24, Padang Jawa, Kota Kemuning.
Email : ailzab@yahoo.com