Anak Anda Mudah Selsema? Berhingus? Batuk? Demam? Jom atasi

shaklee shah alam set kanak-kanak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Anda rasa anak anda mampu tak nak makan semua portion makanan kat atas tu dalam sehari?? atau adakah anda sendiri sebagai parents mampu nak menyediakan semua hidangan kat atas tu untuk memastikan anak anda dapat zat yang secukupnya??
.
.
.
.
.
.
Cara mudah dah ada kenapa perlu pening2 memikirkan lagi..tiru macam saya..saya berikan anak2 saya Vitalea & Chew Vita C untuk melengkapkan keperluan nutrisi mereka…eh jangan salah anggap lak ye…makan tetap kena makan..yang ini adalah “makanan tambahan” sebabnya iye lah kadang kita tak pasti apa yang anak kita makan tu adakah zatnya masih 100% ada pada makanan itu..kot2 lah kite terlebih suhu ketika memasak ke, cara penyedian yang salah ke dsb…
So saya pilih vitamin Shaklee untuk anak2 saya sebab ia semulajadi, terbukti berkesan dan selamat..Alhamdulillah anak2 pun suka malah dah jarang sangat terkena jangkitan penyakit contoh demam, selsema dan batuk…

Wakil Shaklee Shah Alam

Dapatkan vitamin untuk anak anda hari ini dari saya..harga special sebelum GST…calling2 cepat !!

____________________________________________

Bazlia Amoza | Shaklee Distributor di Shah Alam & Kota Kemuning | Contact me 019-2003947 emel : ailzab@yahoo.com
Advertisements

Kesilapan IBU BAPA Ketika Mendidik Anak-Anak

kesilapan mendidik anak-anak
Info ini sangat berguna buat ibu bapa yang masih di dalam fasa sedang membesarkan & mendidik anak-anak seperti saya juga. Membesarkan anak-anak di zaman yang semakin canggih ini bagi saya sangat2 mencabar. Oleh itu kita as parents tak boleh nak gunakan cara kekerasan macam back to 20 years ago ini kerana anak-anak zaman sekarang jauh lebih “advance” jika nak di bandingkan dengan zaman kita dahulu. So biar didik mereka cara betul..jom sama-sama berubah demi anak-anak tersayang..

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: 
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9) 
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38) 
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41) 
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua:
Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: 
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: 
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: 
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: 
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: 
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: 
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: 
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: 
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: 
Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: 
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: 
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: 
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Allahuakbar…masih banyak yang perlu di perbaiki..bagaimana dengan anda? marilah kita sama-sama perbaiki cara mendidik anak-anak. 
Semoga info ini berguna buat anda semua. Feel free to share/repost.
Luv,

Bazlia Amoza
sms/whatsapp: 019-2003947
SID 866183

Afrina’s 1st Day

Alhamdulillah semalam telah bermula sesi persekolahan kakak Afrina. Punyalah excited sangat sampaikan bangun tidur pun awal sangat seawal kul 5 pagi…haa over tak?? bila kakak dah pegi school maka bermulalah kembali episod ibu menggosok baju setelah hampir 2 tahun meninggalkan alam gosok baju formal ni..terasa mcm zaman bekerja pulak…
Memandangkan hari pertama so kami husband & wife masing2 berpakat temankan kakak ke sekolah sebagai moral support..Kakak Qisya & Baby Razin pun join…as expected Alhamdulillah she did very well maybe sebab dia dah 5 tahun kot…bak kata teacher dia ” she is so matured”…padahal dulu pegi school masa 4 tahun pun nangis jugak…
Ibu & papa harap kakak akan teruskan momentum ini dan make sure perform k..kami selalu doakan kakak & adik2 yang lain agar menjadi insan yang cemerlang dunia & akhirat…Aamiin…

bazliaamoza Shaklee shah alam

Luv,

Bazlia Amoza
sms/whatsapp: 019-2003947
SID 866183

Pemilihan Tadika Buat Anak Anda – Shah Alam

Tahun 2014 dah pun semakin menghampiri untuk melabuhkan tirainya..sekejap je masa setahun berlalu kan…tahun depan anak sulung saya si Afrina tu akan masuk 5 tahun. Dan sudah sampai masanya untuk dia ke sekolah tadika. So sekarang saya ni dalam fasa pencarian tadika yang paling sesuai buat si dia…phewww jenuh jugak kan…

Pening juga nak cari tadika yang bagus untuk anak ni..terutamanya ibu yang agak cerewet macam saya ni…cerewet saya bukanlah demanding nak anta anak-anak ke sekolah tadika yang mahal sebab yang mahal pun belum tentunya bagus yer tak..tapi saya amat cerewet bab persekitaran tadika tersebut, penampilan teacher2 dekat school serta kebersihan kawasan persekolahan. Ada sekolah yang bagus tapi persekitaran yang kurang mesra kanak-kanak seperti tak kemas, longkang busuk, bilik darjah yang kurang menarik..teacher yang tak kemas…haa gituew lah cerewetnya saya ni…

Bukan lah nak yang “perfect” sgt tapi cukup sekadar ala kadar…saya pun bukannya “golongan ada-ada” yang nak komplen banyak2 kan..Siapalah aku ni…cewahhh…tapi bagi saya dah namanya “TADIKA” so kenalah menceriakan kanak-kanak untuk ke sekolah kan…. ( just pendapat saya je lah ni )

Ada beberapa pilihan tadika yang menjadi pilihan saya cuma belum menjenguk satu persatu lagi untuk membuat perbandingan.


Hmm…ibu pening!! kiki…agak2 uols la mana satu pilihan yang bagus?? Maybe ada ibu2 yang sudah berpengalamn menghantar anak2 anda ke salah satu tadika yang saya list kan ini boleh berkongsi pengalaman anda dengan saya? Saya plan untuk menghantar Afrina separuh hari saja tapi at the same time kalau boleh sempat belajar ilmu akademik dan islamik sekali…nak bagi school seharian macam kesian pulak…lagipun saya kan suri rumah…

Any suggestion tak tadika “BEST” di sekitar Shah Alam yang affordable??? 

mind to share here mommies & daddy….